Bertempat di Perkarangan Hospital Banduan Penjara Sungai Udang, Melaka telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Penghuni pada 12.07.2017 (Rabu) Seramai 28 orang penghuni telah terpilih untuk menyertai program tersebut yang telah dirasmikan oleh PP Ismawi bin Sulong yang mewakili YBhg. Datuk Nor Afifi bin Sulong, Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka. Sepanjang majlis tersebut keluarga penghuni yang hadir telah dihiburkan dengan pelbagai acara seperti nyanyian, karaoke dan sajak oleh penghuni.
""